Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan tuisyen (kelas tambahan) sebagai satu trend semata-mata kerana mahu anak-anak mereka cemerlang dalam akademik sehingga terlepas pandang peluang untuk mencungkil kemahiran dan kecenderungan lain.
Sebaliknya, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ibu bapa perlu berkomunikasi terlebih dahulu dengan anak masing-masing bagi membolehkan mereka mengetahui kecenderungan minat anak-anak di sekolah.
"Jangan jadikan budaya hantar anak ke tuisyen ini suatu trend. Hentikanlah! Sebaliknya berbincang dahulu dan fikirkan sama ada tuisyen itu satu kewajipan atau keperluan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas trend ibu bapa yang masih mengukur kejayaan dalam peperiksaan sebagai penanda aras kecemerlangan anak-anak dan berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk mencapai tujuan tersebut.
Malah ada yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen sejak dari Tahun Satu dan ada yang menghadiri lebih daripada satu kelas tuisyen.
Mengulas lanjut keghairahan ibu bapa 'memenuhi' masa lapang anak-anak dengan kelas tambahan sejak awal persekolahan, Noor Azimah berkata langkah itu secara tidak sedar 'meragut' kebebasan zaman kanak-kanak golongan itu.
Katanya anak-anak mempunyai kecenderungan serta minat masing-masing dan perkara itulah yang seharusnya diasah, contohnya dalam bidang sukan.
"Kecemerlangan pelajar juga tidak semestinya dalam mata pelajaran sahaja, sebaliknya ada antara mereka yang cenderung dalam aktiviti lain. Pada masa sama menjadikan mental serta fizikal mereka sihat serta cerdas, ini yang perlu difokuskan oleh ibu bapa, galak apa yang anak-anak suka lakukan, bukan paksaan," katanya.
Berkongsi pandangan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata dengan dasar pendidikan yang semakin ke arah pendidikan holistik, menghantar anak ke kelas tambahan untuk kecemerlangan akademik adalah sangat merugikan.
"Jika ibu bapa menghantar anak ke kelas tambahan untuk memantapkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris atau asas agama Islam itu adalah bagus. Tetapi adalah lebih baik wang itu dilaburkan ke tabung PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menjalankan aktiviti yang boleh mencungkil kemahiran dan pembangunan karektor murid," katanya.
Kamarozaman berkata dalam hal ini ibu bapa perlu berlapang dada mengubah budaya untuk tidak terlalu berkira apabila membayar yuran PIBG, sedangkan sumbangan tersebut sebenarnya banyak manfaat untuk kepentingan pembelajaran murid.
Katanya dengan sistem pendidikan negara kini ke arah pendidikan holistik, ibu bapa perlu melihat kepada aspek keseluruhan kebolehan anak-anak mereka yang bukan sahaja melibatkan aspek akademik tetapi juga aspek lain.
Sejak tahun lalu, bagi sekolah rendah Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), yang mana selain Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PPSR turut mengandungi laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
PPSR bukan sahaja menilai tahap akademik, malah turut melihat perihal fizikal, intelektual dan interpersonal seseorang murid itu sendiri.
Melalui sistem ini, UPSR hanya merupakan satu daripada empat komponennya dan format PPSR memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih mengenali kecenderungan serta potensi anak masing-masing kerana pentaksiran yang dilakukan lebih menyeluruh.
Bernama
Sun Feb 11 2018

Noor Azimah berkata keghairahan ibu bapa 'memenuhi' masa lapang anak-anak dengan kelas tambahan sejak awal persekolahan, secara tidak langsung 'meragut' kebebasan zaman kanak-kanak golongan itu. - Gambar hiasan

Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.

Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

"Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang" - Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah beri amaran kepada bekas menantu pelakon Kazar Saisi untuk simpan duit bayar saman.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.

Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.

'Tak ambil tuisyen, hanya fokus dalam kelas'
Dalam masa sama, Ameera berkata, dia turut menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola untuk berjaya dalam pelajaran.

Kelas tuisyen: Keperluan atau kehendak?
Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan tuisyen sebagai satu trend semata-mata kerana mahu anak-anak mereka cemerlang dalam akademik.

AWANIJr: Manfaatkan kelas cuti terancang pada musim cuti persekolahan
Musim cuti persekolahan tiba lagi dan ini merupakan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Kuala Berang Terengganu.