awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Euro 2024: Dua gol McTominay pastikan Scotland kejutkan Sepanyol

Astro Arena
Astro Arena
29/03/2023
00:10 MYT
Kelayakan Euro 2024: Dua gol McTominay pastikan Scotland kejutkan Sepanyol
Aksi Scott McTominay meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika kelayakan Euro 2024 kumpulan A antara Scotland dan Sepanyol di Hampden Park, Glasgow, Scotland, Britain, 28 Mac 2023. REUTERS
SCOTLAND 2 SEPANYOL 0
Scott McTominay menjaringkan dua gol untuk memastikan Scotland meraih kemenangan 2-0 ke atas Sepanyol, sekali gus menyaksikan pasukan tuan rumah itu mengekalkan permulaan sempurna dalam kempen pusingan kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.
Pemain tengah Manchester United itu -- yang turut menjaringkan gol berganda ketika menewaskan Cyprus 3-0 hujung minggu lalu -- memastikan permulaan cemerlang Scotland apabila percubaan awalnya terbias ke badan pertahanan pelawat, Inigo Martinez, sebelum menuju ke dalam gawang pada minit ketujuh.
Pada ketika Sepanyol lebih banyak mengawal permainan, pasukan bimbingan Luis de la Fente itu ternyata gagal dalam usaha mereka memadamkan kelebihan Scotland.
Kesempatan itu dimanfaatkan McTominay untuk menggandakan gol peribadinya pada minit ke-51 hasil gerakan cemerlang yang dimulakan Kieran Tierney.
Kemenangan itu menyaksikan Scotland kini berkelebihan tiga mata di atas Sepanyol untuk mengungguli tangga teratas Kumpulan A manakala De la Fuente pula perlu segera memperbaiki kelemahan pasukannya selepas melalui kekalahan pertama sejak menggantikan Luis Enrique pasca Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.
Scotland seterusnya akan meneruskan kempen kelayakan berkenaan dengan bertandang ke laman Norway pada 17 Jun depan.
Sepanyol pula akan beraksi dalam Kejohanan Liga Negara-Negara Eropah dengan menentang Itali di peringkat suku akhir pada 15 Jun depan.
Scott. Scores. Goals. #SCOESP pic.twitter.com/S702nyzKwd
— Scotland National Team (@ScotlandNT) March 28, 2023
Topic Berkaitan
#Scotland
#Euro 2024
#Scott McTominay
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan