SUNGAI PETANI: Keletah seorang kanak-kanak lelaki melaporkan penemuan seekor ular sawa secara langsung melalui akaun Facebooknya menjadi tular hari ini.
Klip video berdurasi dua minit 47 saat itu memperlihatkan Muhammad Hafiq Mohd Asyraf, 11, memaklumkan penemuan ular berkenaan dalam longkang di pasar awam dekat pekan Bukit Selambau, di sini.
Gaya 'laporannya' yang yakin dan bersungguh-sungguh namun penuh dengan informasi mencuri perhatian netizen, malah ramai yang meninggalkan komen berkata dia mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi wartawan.
"Assamualaikum warga Bukit Selambau, selamat petang. Ini kejadian baru berlaku di market Bukit Selambau, ada kemunculan ular sawa yang paling besar, yang amat-amat besar... muncul di dalam longkang.
"Kami sedang membersihkan longkang di kawasan market dan kami tak tau pasal apa ayaq (air) boleh bertakung yang sangat tinggi... kami ingat ada sampahlah kan, bila kami ingat ada sampah, rupa-rupanya bukan sampah, tapi ular sawa yang sangat-sangat besar...," antara kata-katanya yang mencuit hati netizen.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pada jam 6.27 petang.
Katanya, empat orang anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada kira-kira jam 7.36 petang.
“Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram akhirnya dapat ditangkap di dalam longkang berkenaan.
“Ketika menangkap ular tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan dipercayai baru lepas makan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu kemudian dilepas semula ke habitat asal.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 24 2022
Klip video berdurasi dua minit 47 saat itu memperlihatkan Muhammad Hafiq Mohd Asyraf, 11, memaklumkan penemuan ular berkenaan dalam longkang di pasar awam dekat pekan Bukit Selambau, di sini. - Gambar/ Media sosial
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Jangan buat spekulasi video tular lelaki diserang di Sibu - Polis
Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
'Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki
Polis Kelantan menahan empat lelaki kerana bermain bunga api secara berlawanan melibatkan dua kumpulan di sekitar kawasan Lembah Sireh, di sini, kira-kira pukul 3 pagi, semalam.