awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2025
16:27 MYT
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang
Proses penangkapan buaya itu akan mengambil masa kerana faktor cuaca dan arus sungai yang deras. - Foto/Orang awam
KUALA LUMPUR: Kelibat seekor buaya dilihat di Sungai Klang berhampiran bangunan Malayan Mansion, pada malam Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seekor buaya dilihat di Sungai Klang berhampiran Malayan Mansion, menyebabkan APM, PDRM, dan Perhilitan menjalankan operasi menangkapnya.
  • Usaha menangkap buaya itu terhalang oleh arus sungai yang deras dan pencahayaan yang kurang baik.
  • Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan tersebut dan melaporkan sebarang penemuan kepada pihak berkuasa.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Lumpur, Mejar Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menggerakkan dua pasukan ke lokasi selepas menerima aduan daripada orang ramai pada jam 10.19 malam.
Menurutnya, APM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) siap memasang peralatan untuk menangkap reptilia berkenaan pada kira-kira jam 11 malam, namun kelibatnya sudah tidak kelihatan.
Beliau menjangkakan proses penangkapan buaya itu akan mengambil masa kerana faktor cuaca dan arus sungai yang deras.
"Hujan agak lebat kebelakangan ini jadi arus sungai deras di mana ia memberi risiko kepada anggota kita untuk lakukan pencarian dan penangkapan.
"Proses yang dijalankan hari ini, walaupun baru lepas hujan lebat namun keadaan pencahayaan sekitar juga memainkan peranan penting kerana ia juga boleh mengakibatkan risiko kepada pasukan penyelamat," katanya ketika dihubungi.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan diri dari berada berdekatan lokasi itu, serta memberi kerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.
Sebelum ini, buaya dianggarkan seberat hampir 500 kilogram (kg) itu dikesan timbul berhampiran Masjid Jamek pada 25 Januari lalu, sebelum muncul sekali lagi berhampiran pusat beli-belah The Gardens Midvalley dan KL Eco City, dua minggu lalu.
Topic Berkaitan
#buaya
#sungai klang
#Malayan Mansion
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan