awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/11/2020
15:53 MYT
Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan
Mangsa berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka sebelum dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace.
NILAI:Seorang kelindan lori maut selepas tercampak dari ketinggian kira-kira lima meter dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Nilai, petang tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang Jumaat, mangsa berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka sebelum dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila van yang dipandu di lorong paling kanan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.
Kejadian itu menyebabkan berlaku pelanggaran dengan lori dinaiki mangsa sehingga mengakibatkan lori dipandu rakan mangsa berusia 38 tahun itu, terbabas ke kiri dan melanggar besi penghadang kiri jalan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak keluar dari lori dan terjatuh ke laluan bawah di Jalan Nilai-Salak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu van berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori mengalami kecederaan dalaman dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987 dan mangsa yang maut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kuala Lumpur
#Seremban
#nilai
#meninggal dunia
#maut tercampak
#toyota hiace
#Polis Daerah Nilai
#Jalan Nilai-Salak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan