awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelonggaran rentas negeri diumum dalam masa terdekat? - Sumber

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
11:39 MYT
Kelonggaran rentas negeri diumum dalam masa terdekat? - Sumber
Lembah Klang akan beralih Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat, yang menyaksikan aktiviti rentas daerah dibenarkan tanpa sekatan jalan raya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membuat pengumuman berhubung beberapa kelonggaran di negeri-negeri yang sudah beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN mulai esok.
Banyak sektor sudah dibenarkan untuk beroperasi dengan syarat tertentu, selepas kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat penilaian risiko dalam memerangi pandemik COVID-19.
Kini, pengumuman yang paling dinantikan rakyat adalah berkenaan kelonggaran merentas negeri; bilakah kerajaan akan membuat pengumuman berkaitan perkara itu?
[TERKINI ] Peralihan Fasa 2 Lembah Klang pada 10 September
Menurut sumber dalaman yang rapat dengan perkara ini, kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat.
Perkembangan itu selaras dengan pengesahan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sendiri, baru-baru ini, bahawa pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada MKN.
Dalam satu sidang media di kementeriannya, beliau meminta rakyat Malaysia bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing.
"Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
BACA: KJ minta rakyat Malaysia bersabar untuk aktiviti rentas negeri
Pada masa sama, banyak pihak termasuk pakar perubatan mahu SOP yang berkaitan diperkemaskan supaya keputusan yang dibuat tidak mengundang risiko kepada rakyat.
Pengumuman Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN yang dibuat oleh Ismail Sabri semalam telah menyebabkan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghela nafas lega selepas sekian lama tidak dibenarkan merentas daerah, selain dikenakan pelbagai sekatan disebabkan Fasa 1 PPN.
Antara kelonggaran yang dibenarkan bermula esok termasuk aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap bagi individu yang lengkap dua dos vaksin, selain banyak aktiviti sukan terbuka dan tertutup.
BACA: Lembah Klang beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat
BACA: Fasa 2 PPN: Tiada lagi SJR, rentas daerah kini dibenarkan di Lembah Klang
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#Ismail Sabri
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan