awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi infak sumbangan bina surau

Bernama
Bernama
07/08/2024
09:13 MYT
Keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi infak sumbangan bina surau
Datuk Meor Chek Hussein (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada waris Tragedi Balai Polis Ulu Tiram di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini.
TAPAH: Keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor 17 Mei lepas menginfakkan sumbangan yang diterima daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) untuk pembinaan surau di Kampung Poh Tambahan dekat Bidor.
Bapa Allahyarham Azhar Khaiden, 54, berkata sumbangan sebanyak RM13,000 itu akan digunakan sebagai sebahagian kos melengkapkan pembinaan surau di kampung tempat tinggal keluarganya yang akan dimulakan pembinaannya bulan depan.
"Sebelum ini saya pernah hasratkan surau yang bakal dibina diletakkan nama arwah anak saya, Al Fahmi kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk pembinaannya.
"Surau terbabit dijangka siap sebelum Aidilfitri tahun depan serta mampu memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa, jadi sumbangan yang diterima daripada RESPA ini akan digunakan untuk melengkapkan apa jua keperluan surau itu kelak," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.
Sumbangan kepada Azhar disampaikan oleh Presiden RESPA Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi.
Azhar turut berterima kasih kepada RESPA atas keprihatinan terhadap keluarga mereka.
"Ternyata semangat 'Sang Saka Biru' sentiasa mengalir dalam kepimpinan yang ada dalam RESPA walaupun mereka sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai polis, mereka sentiasa prihatin terhadap setiap anggota polis.
"Apa yang telah diusahakan oleh RESPA amat menyentuh hati kami sekeluarga apatah lagi anak kami pergi mengadap Ilahi ketika bertugas menjaga keselamatan negara, kami reda atas pemergian anak kami semoga Allah SWT merahmati kita semua," katanya.
Dalam pada itu Meor berkata sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan derma rentetan peristiwa yang mengorbankan dua anggota polis dan seorang lagi mengalami kecederaan itu.
Beliau berkata RESPA turut menyerahkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said di Kuantan, Pahang pada minggu lepas berjumlah RM13,000.
"Selain penyerahan kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu, kita turut serahkan sumbangan daripada kutipan ini kepada Sarjan Mohd Hasif Roslan yang cedera dalam serangan itu berjumlah RM8,000.
"Tabung kutipan RESPA ini dilancarkan secara dalaman dalam kalangan ahli bermula sebulan lepas dan kita juga berjaya mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Azza Fahmi
#sumbangan
#infak
#bina surau
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan