PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini bahawa keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006 patut dibenarkan untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat polis berkaitan kes itu untuk digunakan dalam saman sivil mereka.
Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya dan cucu mereka berhujah bahawa pendedahan dokumen yang dimohon keluarga itu adalah bagi mendapatkan hak mereka ekoran kematian Altantuya.
Beliau berkata dokumen itu berkaitan dengan satu siasatan yang perbicaraan jenayah terbabit sudah selesai, sambil menambah tiada kemungkinan pengacauan saksi.
Katanya kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang diperlukan keluarga itu bukannya dokumen yang dilindungi.
Sangeet berhujah Hakim Mahkamah Tinggi terkilaf ketika memutuskan kenyataan yang dimohon oleh keluarga Altantuya dilindungi di bawah Seksyen 124 Akta Keterangan 1950 dan keyakinan umum dalam agensi penyiasatan akan terjejas jika pendedahan sedemikian dibenarkan.
Dalam prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, Datuk Supang Lian dan Datuk Seri Mariana Yahya mendengar rayuan keluarga Altantuya.
Terdahulu dalam prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Lim Yu Vynn berhujah bahawa perayu (keluarga Altantuya) tidak menunjukkan kaitan yang memerlukan dokumen berkenaan didedahkan di dalam saman berkenaan.
Beliau berkata dokumen yang dimohon perayu adalah terlalu umum dan luas, sambil menambah mereka patut memperincikan kenyataan individu mana yang diperlukan.
Selepas mendengar hujahan Sangeet Kaur dan Lim yang mewakili kerajaan, panel hakim menangguhkan keputusan ke atas rayuan itu kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
"Kami memerlukan masa untuk memikirkan hujahan dan undang-undang kes baharu yang dihantar, kata Hakim Nor Bee, sambil menambah mahkamah akan memaklumkan pihak berkaitan mengenai tarikh keputusan.
Keluarga Altantuya - Shaariibuu, Altantsetseg Sanjaa dan cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal -- merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kenyataan mereka yang dirakam oleh polis dalam siasatan kes jenayah untuk digunakan dalam saman sivil.
Mereka memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap dua bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia pada 4 Jun 2007 untuk menuntut ganti rugi tauladan dan teruk.
Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006 namun beliau telah dibebaskan daripada pertuduhan pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada pertuduhan namun keputusan itu telah diubah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 susulan rayuan pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021

Keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi. - Gambar fail

Lebih 180 pelarian etnik Rohingya tiba di Acheh
Lebih 180 pelarian etnik Rohingya dilaporkan tiba di bandar Acheh pada Isnin. Mereka tiba menaiki bot dipercayai dari Myanmar dan ada antaranya dari kem pelarian di Bangladesh.

Chiang Mai catat kadar bahaya
Indeks kualiti udara di Chiang Mai, Thailand memburuk ke tahap bahaya pada Isnin. Situasi itu dilaporkan berlaku akibat pembakaran terbuka melibatkan kawasan-kawasan pertanian di wilayah itu.

Serang sambil dakap anak
Satu pergaduhan tercetus melibatkan penyokong dan pemain kejohanan bola sepak di Brazil pada Isnin. Namun kelibat seorang lelaki yang sedang mendakap seorang kanak-kanak perempuan semata-mata untuk menyerang, menarik perhatian orang ramai.

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.

Keluarga Altantuya menang saman RM5 juta
Mahkamah membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006 lalu, terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.

Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya ditetapkan pada 16 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Dis depan bagi keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya pada 30 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu Altantuya pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.

Dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Najib saman Tommy Thomas
Penyataan tuntutan Najib, 68, mendakwa pada 31 Jan lepas, Thomas telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Keluarga Altantuya patut diberi akses kenyataan kepada polis
Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini bahawa keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006 patut dibenarkan untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Kes Altantuya: Keputusan hukuman mati Azilah kekal
Dengan ini hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan bagi pertuduhan itu, sebelum ini dikekalkan.