MALAYSIA
Keluarga Daim dapat kebenaran semakan kehakiman cabar SPRM beku akaun
Selain Daim, turut dinamakan sebagai pemohon ialah isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak mereka iaitu Asnida, Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku dan menyita akaun bank mereka.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim, Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan keluarga Daim selaku pemohon.
“Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon telah melepasi ambang yang diperuntukkan atau ‘threshold’ yang mewajarkan permohonan ini dibenarkan,” katanya.
Beliau kemudiannya menetapkan 19 November ini bagi pengurusan kes berkenaan.
Semasa prosiding, pemohon diwakili peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar sementara Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizzah Azizan bertindak bagi pihak kerajaan dan lima yang lain sebagai responden.
Dalam prosiding lalu, Gurdial Singh berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan bahawa permohonan mereka tidak berniat jahat atau ‘mala fide’.
Katanya, pemohon menyatakan siasatan SPRM berniat jahat kerana sehingga kini tiada kertas siasatan membabitkan kes pengubahan wang haram dibuat.
Beliau berkata, pemohon telah membuktikan pada peringkat prima facie bahawa terdapat isyarat yang jelas di mana SPRM selaku responden telah menyalahgunakan kuasa.
Susulan itu katanya, ia menjadi tanggungjawab responden untuk memberikan justifikasi terhadap tindakan itu di mahkamah kerana terdapat isu yang boleh dipertikaikan yang memerlukan hujahan lanjut oleh pihak-pihak pada peringkat substantif.
Bagaimanapun, Nurhafizza Azizan menghujahkan, perkara pokok iaitu tindakan pembekuan akaun bank berkenaan tidak tertakluk kepada prosiding semakan kehakiman.
Beliau berkata, dakwaan pemohon pada asasnya hanyalah aduan bahawa pembekuan akaun bank dibuat tanpa asas dan siasatan terhadap mereka bermotifkan politik dan dicemari mala fide.
Menerusi permohonan difailkan pada 6 Jun 2024, Daim dan keluarganya memohon perintah bagi membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih itu yang dilakukan mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan, meninggal dunia pada 13 November 2024, di sebuah hospital swasta di sini, pada usia 86 tahun.
Selain Daim, turut dinamakan sebagai pemohon ialah isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak mereka iaitu Asnida, Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Sebanyak 18 syarikat juga dinamakan sebagai pemohon iaitu Aad Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Maluri Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd dan Selidik Jaya Sdn Bhd.
Mereka menamakan Penolong Penguasa Sektor Sasaran Operasi Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta SPRM, Haris Fadhila Sukaime; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; SPRM; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.
Mereka memohon deklarasi bahawa tindakan penyitaan harta alih oleh SPRM dan semua tindakan serta keputusan yang diambil oleh responden pertama hingga keempat adalah tidak sah serta terbatal.
Pada 4 Mac tahun sama, permohonan pertama semakan kehakiman Daim dan keluarga berhubung siasatan SPRM terhadap mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan pemohon gagal membuktikan unsur niat jahat pegawai agensi antirasuah itu yang menjalankan siasatan.
Difahamkan, aset tersebut dirampas pada pertama kali di bawah Akta SPRM selama 12 bulan dan perintah tersebut kemudiannya berlarutan di bawah pengubahan wang haram (AMLA) akan luput secara automatik selepas 90 hari.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman menentang tindakan SPRM membekukan dan menyita akaun bank mereka.
- Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan keluarga Daim layak untuk dilayan dan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 November ini.
- Daim dan keluarganya, termasuk 18 syarikat, menamakan beberapa individu termasuk Perdana Menteri dan SPRM sebagai responden dalam permohonan mereka.
Hakim, Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan keluarga Daim selaku pemohon.
“Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon telah melepasi ambang yang diperuntukkan atau ‘threshold’ yang mewajarkan permohonan ini dibenarkan,” katanya.
Beliau kemudiannya menetapkan 19 November ini bagi pengurusan kes berkenaan.
Semasa prosiding, pemohon diwakili peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar sementara Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizzah Azizan bertindak bagi pihak kerajaan dan lima yang lain sebagai responden.
Dalam prosiding lalu, Gurdial Singh berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan bahawa permohonan mereka tidak berniat jahat atau ‘mala fide’.
Katanya, pemohon menyatakan siasatan SPRM berniat jahat kerana sehingga kini tiada kertas siasatan membabitkan kes pengubahan wang haram dibuat.
Beliau berkata, pemohon telah membuktikan pada peringkat prima facie bahawa terdapat isyarat yang jelas di mana SPRM selaku responden telah menyalahgunakan kuasa.
Susulan itu katanya, ia menjadi tanggungjawab responden untuk memberikan justifikasi terhadap tindakan itu di mahkamah kerana terdapat isu yang boleh dipertikaikan yang memerlukan hujahan lanjut oleh pihak-pihak pada peringkat substantif.
Bagaimanapun, Nurhafizza Azizan menghujahkan, perkara pokok iaitu tindakan pembekuan akaun bank berkenaan tidak tertakluk kepada prosiding semakan kehakiman.
Beliau berkata, dakwaan pemohon pada asasnya hanyalah aduan bahawa pembekuan akaun bank dibuat tanpa asas dan siasatan terhadap mereka bermotifkan politik dan dicemari mala fide.
Menerusi permohonan difailkan pada 6 Jun 2024, Daim dan keluarganya memohon perintah bagi membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih itu yang dilakukan mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan, meninggal dunia pada 13 November 2024, di sebuah hospital swasta di sini, pada usia 86 tahun.
Selain Daim, turut dinamakan sebagai pemohon ialah isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak mereka iaitu Asnida, Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Sebanyak 18 syarikat juga dinamakan sebagai pemohon iaitu Aad Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Maluri Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd dan Selidik Jaya Sdn Bhd.
Mereka menamakan Penolong Penguasa Sektor Sasaran Operasi Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta SPRM, Haris Fadhila Sukaime; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; SPRM; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.
Mereka memohon deklarasi bahawa tindakan penyitaan harta alih oleh SPRM dan semua tindakan serta keputusan yang diambil oleh responden pertama hingga keempat adalah tidak sah serta terbatal.
Pada 4 Mac tahun sama, permohonan pertama semakan kehakiman Daim dan keluarga berhubung siasatan SPRM terhadap mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan pemohon gagal membuktikan unsur niat jahat pegawai agensi antirasuah itu yang menjalankan siasatan.
Difahamkan, aset tersebut dirampas pada pertama kali di bawah Akta SPRM selama 12 bulan dan perintah tersebut kemudiannya berlarutan di bawah pengubahan wang haram (AMLA) akan luput secara automatik selepas 90 hari.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi berkenaan permohonan keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin?
A: Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada keluarga Daim untuk memulakan semakan kehakiman menentang tindakan SPRM membekukan dan menyita akaun bank mereka. - Q: Siapakah yang mewakili pihak keluarga Daim dalam prosiding di Mahkamah Tinggi?
A: Pihak keluarga Daim diwakili oleh peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dalam prosiding tersebut. - Q: Berapakah bilangan syarikat yang turut menjadi pemohon dalam permohonan keluarga Daim?
A: Sebanyak 18 syarikat juga turut dinamakan sebagai pemohon dalam permohonan tersebut.