awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan ke Indonesia esok

Bernama
Bernama
10/04/2017
15:07 MYT
Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan ke Indonesia esok
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mengesahkan dua rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di Jakarta sejak 30 Mac lepas kini berada dalam tahanan polis. -fotoBERNAMA
Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, akan ke negara itu esok bagi mendapatkan kepastian berhubung penahanan itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan dua rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di Jakarta sejak 30 Mac lepas iaitu Mohamad Shafa Ahmad dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, kini berada dalam tahanan polis.
Ibu kepada Kamarol Arifin, Hamidah Kordi, 65, berkata anggota keluarga kedua-dua belah pihak akan ke Jakarta esok bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.
"Saya tidak tahu mengenai anak saya (ditahan), polis pun tidak maklum apa-apa kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Bernama hari ini melaporkan Kamarol Arifin dan rakannya, Mohd Shafa yang dilaporkan hilang sejak 30 Mac lalu, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
Kedua-duanya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka.
Perkara itu disahkan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menyatakan kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan polis.
Beliau berkata kedua-dua rakyat Malaysia itu dapat dikesan setelah Atase Polis DiRaja Malaysia dan Atase Imigresen di Kedutaan Besar Malaysia menjalankan siasatan mengenai "kehilangan" mereka.
Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.
Mereka hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, dikatakan mengunjungi Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Indonesia
#Kamarol Arifin Mohamad Darus
#Mohamad Shafa Ahmad
#rakyat Malaysia
#Zahrain Mohamed Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan