Keluarga pesara tentera Ismail Jaafar, 71 yang juga pencipta nama kereta Proton Saga, kereta nasional pertama negara, mahu menunaikan hasrat terakhir beliau iaitu menjejaki semula kereta yang diterimanya sebagai hadiah pada 1985.
Balunya, Sariah Abdul Rahman, 69, berkata Allahyarham suaminya amat menyayangi kereta tersebut namun terpaksa menjualnya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman perumahan.
"Bagi menggembirakan hati suami, anak bongsu kami Siti Sarismahaniza (meninggal dunia pada 2016) membelikan sebuah Proton Gen 2 dengan nombor plat yang sama kira-kira tujuh tahun lalu untuk ayahnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Nuri Jaya dekat sini, hari ini.
BACA: Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia
Ismail yang bersara dengan pangkat staf sarjan dan jawatan terakhir ketua kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak, meninggal dunia akibat sakit tua pada 3.10 petang Jumaat lalu.
Sementara itu, anak ketiganya, Siti Sarismahanim, 37, berkata mereka berjaya menghubungi pemilik kereta terbabit yang dipercayai berada di Pendang.
"Kami dimaklumkan ada pengubahsuaian yang telah dibuat, banyak berbeza dengan kereta asal termasuklah dari segi warna.
"Pemiliknya juga sukar untuk melepaskan kereta terbabit yang telah digunakannya sejak sekian lama, namun hasrat terakhir arwah ayah itu akan cuba kami tunaikan," katanya.
Sementara itu, hari ini kediaman keluarga terbabit dikunjungi Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul Aziz Ismail bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan persatuan veteran tentera.
Abdul Aziz yang mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit, berkata pihaknya akan meneliti bentuk bantuan yang boleh dihulurkan bagi membantu meringankan beban ditanggung keluarga arwah.
"Antara bantuan yang dapat diusahakan ialah bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM3,000. Selain daripada itu saya serah kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengambil tindakan susulan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz berkata, ATM menghargai semua bekas tentera sama ada berpencen atau tidak, namun bantuan akan lebih mudah disalurkan jika mereka menyertai persatuan bekas tentera.
"Kita tidak mahu ada yang tercicir daripada mendapat manfaat yang diberikan kerajaan... Di Kedah sebagai contoh, terdapat kira-kira 30,000 pesara namun hanya 20,000 sahaja berdaftar dengan persatuan.
"Ini menyukarkan usaha kita menjejaki mereka," katanya yang turut meluangkan masa menziarahi seorang lagi pesara tentera berpangkat koperal, Jasman Mohd Nali, 62, yang terlantar selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
Allahyarham Ismail terpaksa menjual kereta Proton Saga dimenanginya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman perumahan. - Gambar Hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut
Tindakan menukar laluan itu menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, lalu melanggar motosikal terbabit.
Keluarga Ismail jejaki kembali kereta Proton Saga dimenanginya
Balunya Sariah Abdul Rahman, 69, berkata Allahyarham suaminya amat menyayangi kereta tersebut namun terpaksa menjualnya bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak serta membayar balik pinjaman.
Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia
Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Proton, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri di sini.