KUALA NERUS: Konsep Keluarga Malaysia mengajak rakyat untuk mengenepikan segala perbezaan dan bersama menggembleng tenaga dalam mendepani apa jua cabaran sebagai sebuah keluarga.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sifat inklusif dalam konsep itu yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum, penting dalam usaha memulihkan semula negara selepas pandemik.
"Apabila kita semua mempunyai titik persamaan, ia akan menyatupadukan rakyat dalam mencapai kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik.
"Kesejahteraan dan kestabilan inilah yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita pada masa akan datang," katanya dalam ucapan perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Pada penganjuran Jelajah AKM kali ini, Kementerian Pendidikan dipilih sebagai kementerian peneraju bagi pengisian program dengan fokus utama 'Keluarga Malaysia Keluarga Berilmu'.
Sementara itu Ismail Sabri berkata kerajaan menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada masa depan Keluarga Malaysia.
Oleh itu katanya kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.034 bilion bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Katanya bagi Terengganu, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan, dengan kos keseluruhan RM914.79 juta.
"Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 19 projek berstatus prabina," katanya.
Dalam pada itu Ismail Sabri juga berharap aspek Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran dalam masyarakat majmuk Keluarga Malaysia yang diterap dalam Jelajah AKM, terus diamalkan tanpa mengirasentimen agama dan bangsa.
"Ibarat kata pujangga 'Keluarga tak selalu bererti saudara sedarah, tetapi sering kali merupakan gambaran dari suatu komuniti, organisasi atau bangsa'.
"Saya berharap Keluarga Malaysia dapat memanfaatkan peluang-peluang yang ada, sepanjang penganjuran Jelajah AKM," katanya.
Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada warga Terengganu atas sambutan yang menggalakkan serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
Majlis penutup Jelajah AKM Terengganu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Kata Ismail Sabri, konsep Keluarga Malaysia yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum, penting dalam usaha memulihkan semula negara selepas pandemik. - Foto BERNAMA
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.