awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Malaysia: Lagu 'Shanghai Beach' bibit persahabatan dua pesakit

Hakim Rahman
Hakim Rahman
09/10/2021
05:23 MYT
Keluarga Malaysia: Lagu 'Shanghai Beach' bibit persahabatan dua pesakit
Ivy turut berkongsi detik beremosi perpisahan mereka setelah dibenarkan keluar hospital.
LAGU Kantonis 'Shanghai Beach' menjadi bibit permulaan sebuah persahabatan antara dua pesakit yang dirawat di sebuah hospital di Kedah.
Lebih unik, lagu itu didendangkan seorang pesakit Melayu yang kemudian dinyanyikan bersama sahabat barunya dari kaum Tionghoa.
Menurut anak pesakit itu, pengguna akaun TikTok dengan nama Ivy Neoh, bapanya dimasukkan ke Kedah Medical Centre pada 8 Sept lalu akibat kemalangan jalan raya.
Dia kemudian mengenali sahabat baharunya itu selepas mereka ditempatkan dalam wad yang sama.
Keluarga Malaysia | 'Shanghai Beach' bibit persahabatan dua pesakit
Tambah Ivy, lelaki itu memberitahu, dia kerap menonton rancangan dalam bahasa Cina di televisyen dan mendengar lagu-lagu lama.
Keadaan itu mencetuskan nostalgia buat bapanya yang sedang menerima rawatan.
Lagu Shanghai Beach dipopularkan Frances Yip dan dijadikan lagu tema bagi drama The Bund terbitan Hong Hong TBV sekitar tahun 1980-an.
Ivy turut berkongsi detik penuh emosi perpisahan mereka setelah dibenarkan keluar hospital.
Kata Ivy, dia tersentuh dengan tindakan lelaki Melayu itu yang mendoakan kesejahteraan bapanya.
Topic Berkaitan
#Shanghai Beach
#persahabatan
#Kedah Medical Centre
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan