MALAYSIA
Keluarga RMHC diraikan di Astro sempena kolaborasi Astro Gempak Most Wanted
Seramai 40 individu termasuk kanak-kanak, penjaga dan pegawai RMHC bergambar kenangan sempena lawatan khas ke Astro. - Gambar RMHC Malaysia
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dipilih sebagai badan kebajikan pilihan bagi Astro Gempak Most Wanted, selari dengan misi “giving back” untuk memperkasa sokongan kepada komuniti.
Inisiatif itu turut memberi peluang kepada keluarga yang sedang melalui fasa rawatan hospital untuk menikmati pengalaman istimewa di luar rutin harian yang mencabar.
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, keluarga dari dua Rumah Ronald McDonald iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Tunku Azizah dibawa melawat studio Astro.
Lawatan itu melibatkan kira-kira 40 individu termasuk pegawai serta penjaga, sekali gus memberi pendedahan tentang dunia penyiaran dan produksi kepada anak-anak yang hadir.
Pengurus Besar RMHC Malaysia, Nasri Nordin, berkata lawatan tersebut membuka ruang untuk keluarga berehat seketika daripada suasana hospital yang menjadi rutin harian mereka.
“Selalunya anak-anak dan keluarga ulang alik daripada hospital, wad ke Rumah Ronald McDonald, jadi kebanyakan masa digunakan untuk fokus kepada rawatan,” katanya.
Beliau berkata, inisiatif tajaan Astro itu turut mencipta momen manis apabila kanak-kanak dapat mengalami sendiri suasana di studio termasuk melihat kemudahan siaran dari dekat.
“Jadi ini peluang untuk kita bawa keluarga keluar daripada suasana hospital, dengan tajaan Astro untuk kita datang melawat bawak dorang buat kali pertama ke Astro,” jelasnya.
Nasri menambah, keterujaan jelas terpancar apabila mereka diberi peluang merasai suasana studio yang selama ini hanya dilihat di televisyen.
“Kalau kita tengok tadi ramai yang seronok terutamanya adik-adik yang duduk dekat kaunter host di studio TV dan sebagainya,” katanya.
Selain lawatan studio, kerjasama itu turut merangkumi aktiviti komuniti membabitkan peserta dan pempengaruh termasuk program makeover, gotong-royong serta aktiviti melukis bersama kanak-kanak dan keluarga di Rumah Ronald McDonald.
Ketua Kandungan Studio Astro, Syazwan Zakariah, berkata platform digital Gempak, rangkaian Astro serta sokongan pempengaruh dimanfaatkan untuk memperluaskan kesedaran mengenai peranan dan kewujudan RMHC.
“Kita nak gunakan platform Gempak, platform Astro dan juga platform pempengaruh ini untuk menyebarkan kesedaran bahawa rumah ini wujud, dan bagaimana mungkin orang ramai boleh bantu menyumbang,” ujarnya.
Syazwan berkata, pada masa sama inisiatif tersebut memastikan keluarga RMHC sendiri dapat menikmati pengalaman bermakna yang jarang diperoleh ketika mereka berdepan rawatan berpanjangan.
“Tetapi kita dalam masa yang sama, macam kita lihat hari ini adik-adik dan keluarga daripada rumah tersebut datang ke Astro untuk mengalami sendiri apa yang ada dekat sini,” tambahnya.
RMHC Malaysia ditubuhkan dengan misi utama memastikan keluarga dapat kekal bersama, sekali gus memberi sokongan emosi dan suasana lebih selesa untuk anak-anak yang menjalani rawatan jangka panjang.
Menerusi Rumah Ronald McDonald, RMHC menyediakan penginapan yang selesa dan berhampiran hospital supaya keluarga dapat berehat serta kekal sebagai sebuah keluarga sepanjang tempoh rawatan.
Selain itu, RMHC turut melaksanakan tiga program teras lain iaitu Bilik Sensori Ronald McDonald, Anugerah Senyuman bagi rawatan klef bibir dan lelangit, serta Program Pek Kembali ke Sekolah untuk membantu kanak-kanak golongan B40.
Kolaborasi bersama Astro ini diharap dapat terus menggerakkan lebih banyak sokongan orang ramai melalui sumbangan, sukarelawan dan perkongsian maklumat agar lebih ramai keluarga dapat dibantu pada masa akan datang.