awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga tawar RM50,000 jejaki Nora Anne

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/08/2019
11:36 MYT
Keluarga tawar RM50,000 jejaki Nora Anne
Ibu mangsa, Maebh Jaseprin Quoirin berkata, ganjaran berkenaan sebagai usaha membantu pasukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mengesan remaja berkenaan. - Gambar fail
Keluarga remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat peranginan di Pantai Hill, di sini pada 4 Ogos lalu menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya membawa pulang anak mereka.
Ibu mangsa, Maebh Jaseprin Quoirin berkata, ganjaran berkenaan sebagai usaha membantu pasukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mengesan remaja berkenaan.
Ujarnya, wang itu disumbangkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Belfast yang enggan didedahkan namanya.
“Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat, hubungi hotline polis di 01112285058 atau email [email protected] dari luar Malaysia, terima kasih,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Pantai, lewat petang Isnin.
Ia adalah kali pertama ahli keluarga mengadakan sidang media sejak kehilangan Nora Anne.
Baru-baru ini, Maebh Quoirin bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat anak gadisnya.
Mereka sempat bertemu dengan anggota keselamatan yang bertugas semasa cuti perayaan.
Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.
Topic Berkaitan
#hilang
#keluarga
#Keluarga tawar RM50 000
#keselamatan
#Malaysia
#mangsa
#nora anne
#operasi
#remaja
#remaja Ireland hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan