MALAYSIA
Keluarga tiga individu ditembak di Durian Tunggal hadir beri keterangan di Bukit Aman
Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman hari ini bagi dirakam kenyataan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis pada 24 Nov lepas di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman hari ini bagi dirakam kenyataan.
Ringkasan AI
Keluarga tiga individu dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 10:45 pagi.
Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga itu berkata seorang daripada ahli keluarga turut membawa telefon bimbit yang digunakan merakam audio insiden berkenaan untuk diserahkan kepada pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan.
Pada 24 Nov lepas, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu didakwa dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.
Bagaimanapun pada 3 Dis lepas, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.
Susulan itu pada 4 Dis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal Melaka hadir ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan dan menyerahkan rakaman audio insiden kepada pasukan penyiasat.
- Tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas salah seorang daripada mereka melibas parang ke arah anggota polis, menyebabkan cedera parah pada lengan polis berpangkat koperal.
- Suspek daripada Geng Durian Tunggal yang terlibat dalam kes jenayah sejak 2024 membabitkan kerugian RM1.35 juta, manakala pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan ahli keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.