Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri

Sinar Harian
April 12, 2024 22:15 MYT
Keluarga ustaz Farid Ravi mengunjungi rumah beliau untuk menyambut hari raya bersama-sama. - Foto TikTok/Farid Ravi
SHAH ALAM: Walaupun berlainan agama namun kasih sayang keluarga tidak pernah putus apabila keluarga pendakwah terkenal, Profesor Madya Datuk Mohd Farid Ravi Abdullah mengunjungi kediaman beliau sempena sambutan Aidilfitri.
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
Lebih mengujakan apabila pelbagai juadah telah disediakan antaranya sambal udang, lemang, sambal tauhu dan rendang daging.
Menurut Mohd Farid Ravi menerusi rakaman di TikTok, keluarganya datang ke rumah untuk menyambut hari raya bersama-sama.
"Hari ini sambutan hari raya di rumah saya, ramai saudara mara saya datang hari ini.
"Tengok dekat dapur, banyaknya menu," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan selamat hari raya sebelum mengakhiri video tersebut.
"Selamat hari raya semua," jelasnya. - Sinar Harian
#Ustaz Farid Ravi #Aidilfitri #keluarga #pendakwah terkenal