awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarkan fatwa tanpa ilmu adalah satu dosa - Mufti Pahang

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2017
08:31 MYT
Keluarkan fatwa tanpa ilmu adalah satu dosa - Mufti Pahang
ABDUL RAHMAN: "Orang yang tidak tahu fatwa, (tetapi) dia mengeluarkan fatwa,... dia melakukan satu dosa (kerana) mengeluarkan fatwa tanpa ilmu." - Gambar fail
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata adalah berdosa bagi seseorang untuk mengeluarkan sebarang fatwa tanpa ilmu.
Perkara itu boleh mendatangkan pecah-belah dan mengelirukan masyarakat apatah lagi jika fatwa tersebut dikeluarkan oleh sumber tidak rasmi.
Kenyataan Mufti Pahang itu sebagai reaksi kepada kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang dipetik berkata ibadah haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak akan mendapat haji mabrur.
Kenyataan dikatakan dikeluarkan pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah.
"Orang yang tidak tahu fatwa, (tetapi) dia mengeluarkan fatwa,... dia melakukan satu dosa (kerana) mengeluarkan fatwa tanpa ilmu," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurut Abdul Rahman lagi, masyarakat perlu mengelak dari berpegang kepada kenyataan oleh pihak-pihak yang tidak mempunyai autoriti berbuat demikian.
Beliau berkata tiada bukti jelas dan sahih mengikut undang-undang mengatakan wang berkenaan adalah hasil curi, sekali gus menjadi haram kepada umat Islam di negara ini menggunakan wang itu untuk menunaikan haji.
"Kita tidak dapat menentukan status halal atau haram wang tersebut kerana dengan jelas tidak ada bukti sahih, ia hanya sekadar tohmahan pihak pembangkang lebih-lebih lagi yang memang cuba hendak menjatuhkan dan memburukkan kerajaan.
"Saya sebagai Mufti Pahang pun tidak berani membuat (sebarang) kenyataan tanpa bukti, apabila tidak ada bukti, dari segi syarak dan kaedah feqah, kita menghukum di atas benda yang zahir sahaja, dan Allah SWT sahaja menghukum perkara-perkara yang batil," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata hanya Allah yang berhak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur ataupun tidak kerana mabrur bukan sesuatu yang boleh diukur.
"Kalau kita hendak membuat perbandingan dengan ibadat lain seperti sembahyang, sembahyang kalau seseorang itu cukup rukun dan syarat, dari segi zahir sembahyang ini sah, begitu juga haji yang dilakukan menepati kehendak rukun syarat haji, maka sah ibadah haji seseorang itu," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Rahman Osman
#dosa keluar fatwa
#Keluar fatwa
#Mufti Pahang
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan