awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy


Bernama
Bernama
06/12/2024
04:15 MYT
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy

Wan Rosdy memaklumkan dasar semasa kerajaan untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu adalah menerusi pewartaan semua skim tanah rakyat sebagai tanah rizab Melayu. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau memaklumkan jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1955 yang merekodkan sebanyak 218,326 hektar iaitu hanya enam peratus daripada keluasan Pahang.
"Justeru, tanah rizab Melayu dilihat menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelum merdeka dan masa kini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Fadzli Mohd Ramly (ADUN Lantikan) yang ingin tahu sama ada tanah rezab Melayu yang diperuntukan sejak merdeka bertambah atau berkurang.
Menjawab soalan tambahan Mohd Fadzli yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri bercadang menjadikan tanah baharu yang diberikan milik status pajakan mukim sebagai tanah rizab Melayu, Wan Rosdy berkata pihaknya sedia mengkaji perkara berkenaan.
"Satu cadangan yang baik, memang usaha kerajaan negeri daripada dulu sampai sekarang mana-mana yang boleh kita rizab sebagai tanah Melayu kita akan buat namun tidak sewenang-wenang kita lakukan.
"Sekiranya ada peluang dan mendapat nasihat serta pandangan pejabat pengarah tanah dan galian (PTG) dan penasihat undang-undang kita akan tukar sebagai tanah rizab Melayu," kata Menteri Besar.
Beliau memaklumkan dasar semasa kerajaan untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu adalah menerusi pewartaan semua skim tanah rakyat sebagai tanah rizab Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah rizab Melayu
#Pahang
#keluasan meningkat
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan