PENAMPANG: Kelulusan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan anti lompat parti adalah lebih penting bagi melarang wakil rakyat keluar parti selepas pilihan raya berbanding pemansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata ini kerana proses pemilihan dan pelantikan Ketua Menteri masih boleh dilakukan mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah.
Tambahan pula, beliau berkata Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah dilihat seperti tidak lagi relevan dan wajar dimansuhkan kerana di bawah perkara itu terdapat kelompangan bagi proses pemilihan Ketua Menteri.
Sebagai contoh, katanya Perkara 6(7) itu tidak menjelaskan sama ada seseorang ketua parti layak untuk dilantik sebagai ketua menteri sekiranya kalah dalam pilihan raya walaupun partinya menang majoriti dalam pilihan raya berkenaan.
"Pada pandangan saya, ia harus mengambil kira pertimbangan semasa pilihan raya ada pemenang yang jelas iaitu parti menang pilihan raya lebih daripada 50 peratus. Dalam keadaan seterusnya tidak ada parti atau gabungan parti yang menang lebih daripada separuh.
"Maka, apa yang dibentang dan diluluskan itu adalah menjadi panduan kepada TYT (Tuan Yang Terutama) untuk memilih Ketua Menteri (Sabah) berasaskan kepada ahli yang telah mendapat sokongan majoriti," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Perkara 6(7) merujuk sebuah parti politik yang memenangi kerusi majoriti pada pilihan raya, ketua parti itu merupakan seorang ADUN Sabah yang mempunyai kemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan rang undang-undang berkenaan dengan sokongan 75 ADUN manakala empat ADUN tidak hadir pada bacaan ketiga selepas dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Pada bacaan kedua, undi belah bahagi yang dilakukan untuk Fasal 2 rang undang-undang itu menyaksikan 61 ADUN bersetuju Perkara 6(7) digugurkan, 14 ADUN tidak bersetuju manakala empat ADUN tidak hadir.
Ewon berkata ada keperluan untuk memperhalusi Perkara 6(7) supaya Yang Dipertua Negeri mendapat panduan lebih jelas dalam melantik Ketua Menteri selepas proses pilihan raya, dan pihaknya amat mengalu-alukan jawatankuasa khas bagi memperkasa lagi takrifan dalam perkara itu.
Sementara itu, beliau berkata interpretasi pemilihan Ketua Menteri daripada parti minoriti dalam DUN adalah tidak mudah seperti digembar-gemburkan susulan pemansuhan Perkara 6(7) berkenaan.
"Parti yang memiliki jumlah wakil rakyat lebih ramai sentiasa akan menuntut partinya itu lebih layak untuk dilantik Ketua Menteri. Kita kena lihat dari sudut praktikal dan realiti, bukan andaian sahaja," katanya, menjelaskan setiap gabungan parti politik mempunyai formula sendiri dalam menentukan calon Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Datuk Ewon Benedick (dua, kiri) bersama Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Datuk Hazimah Zainuddin (dua, kanan) ketika melakukan gimik perasmian Penjenamaan Baharu Mok Corner di Megalong Mall Penampang hari ini. - Foto BERNAMA
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

'Saya minta Perdana Menteri percepatkan RUU Antilompat Parti'
Katanya, masih ada pihak bertindak 'membeli' wakil rakyat daripada sesebuah parti.

Dewan Rakyat bermula Isnin, pengganti Azalina akan dipilih
Sidang Parlimen diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 14 hingga 17 Mac.