KUALA LUMPUR: Pemikiran para pemimpin seharusnya lebih terbuka dan menampilkan keunggulan dengan meraikan serta memanfaatkan kemahiran para pakar dalam segala bidang untuk memacu negara ke arah yang lebih baik.
Namun sebaliknya yang berlaku di negara ini, menurut Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Prof Zaharom Nain, mereka bukan sahaja angkuh malah ‘memilih bulu’ dalam memanggil orang yang boleh bekerja untuk mereka.
Disebabkan itu, terlalu banyak isu yang gagal ditangani dengan baik, lantas merencatkan usaha menjadikan Malaysia negara maju dalam serba bidang.
“Pemimpin selama ini tidak mempamerkan dan menggalakkan kualiti yang cemerlang, mereka tidak ingin membawa pakar-pakar kerana mereka takut.
“Kalau kita bodoh sombong begitu, kita takkan bawa negara ini ke satu keadaan yang baik.
"Kita ada kepakaran, gunakan. Janganlah kata, “oh, dia pakar tetapi dia bukan ‘geng’ saya atau dia bukan ‘kaum’ saya dan sebagainya.”
Tegasnya, kita perlu mencontohi negara-negara yang lebih terkehadapan daripada kita seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun di mana mereka membangun berasaskan pemikiran yang cemerlang dan berintegriti.
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Tue Jan 04 2022
Pemikiran para pemimpin seharusnya lebih terbuka dan menampilkan keunggulan dengan meraikan serta memanfaatkan kemahiran para pakar dalam segala bidang untuk memacu negara ke arah yang lebih baik. -Gambar hiasan
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.