NATIONAL

Kemalangan: ADUN Balakong maut

Astro Awani 19/07/2018 | 17:31 MYT
Tien Chee maut dalam kemalangan di KM12 Lebuhraya Cheras-Kajang malam tadi. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.
Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.
Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.
Mendiang Tien Chee, 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga
Kemalangan berlaku di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga
Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian pemandu
Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng mengalahkan dua pencabar, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan kelebihan 35,538 undi.
Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).
#Adun Balakong #Amirudin Shari #BALAKONG #kemalangan #maut #Ng Tien Chee #Selangor