awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan babitkan dua lori, MPV sebabkan kesesakan teruk

Bernama
Bernama
17/11/2023
02:00 MYT
Kemalangan babitkan dua lori, MPV sebabkan kesesakan teruk
Kesemua mangsa kemalangan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
JASIN: Kemalangan yang melibatkan dua lori dan satu kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 198.2 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jasin ke Ayer Keroh di sini awal pagi tadi menyebabkan kesesakan teruk kira-kira tujuh kilometer.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata kejadian kira-kira 1 pagi itu membabitkan dua lori iaitu membawa mentega dan barangan sejuk beku selain MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki empat pelancong warga asing.
"Siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua lori terbabit dari arah utara sedang dalam perjalanan menghala ke Johor dan apabila tiba di lokasi, dipercayai kenderaan dipandu oleh lelaki berusia 30 dan 32 tahun itu telah bergesel.
"Ia menyebabkan kedua mereka hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Jamil berkata manakala MPV yang dipandu lelaki berusia 34 tahun yang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kedua-dua lori terbabit.
Katanya kesemua mangsa dalam kemalangan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Jasin
#Lebuhraya Utara Selatan
#lori terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan