Seorang lelaki maut manakala enam yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 140 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira jam 6.42 pagi pada Sabtu.
Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata sebaik menerima panggilan, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Tangkak dan Bukit Gambir dengan kekuatan 24 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya setiba di lokasi berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori Pos Malaysia yang merempuh belakang sebuah treler.
Pemandu lori Pos yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan telah berlaku kemalangan kedua.
"Ia membabitkan sebuah Isuzu lima tan telah dipandu secara meluru merempuh Perodua Myvi dan turut mengakibatkan kemalangan pada kenderaan Mitsubishi Lancer serta Proton Saga FLX, dan seterusnya terus merempuh belakang sebuah lagi lori Isuzu lima tan.
"Rempuhan itu turut menyebabkan sebuah lori Pos Malaysia lain yang berada di hadapan turut dirempuh.
"Mangsa yang maut dilokasi kejadian ialah pemandu lori Isuzu lima tan yang merempuh Myvi dikenali sebagai M. Thamotaran", katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Khairul Sufian memaklumkan tiga lagi mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Astro Awani
Sat Oct 05 2019
Sebaik menerima panggilan, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Tangkak dan Bukit Gambir dengan kekuatan 24 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. - Foto JBPM
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
4 maut, 8 cedera kereta lumba rempuh penonton di Hungary
Antara mangsa yang cedera parah ialah seorang kanak-kanak.
Pelajar perempuan maut dilanggar kereta
Pelajar sebuah kolej di Sungai Petani itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
2 warga Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya di Pattalung, Thailand
Dua lelaki warga Malaysia maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand pada petang Sabtu.
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
Suami maut digilis, isteri dan anak parah
Mangsa dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya
Lori muatan ais kiub yang dinaiki mangsa terbabas di KM 251.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
Lelaki lumpuh guna implan otak kawal komputer dengan fikiran
Seorang lelaki yang keempat-empat anggota tubuhnya menjadi lumpuh mampu mengawal komputer hanya menggunakan fikirannya.
Kemalangan: Pemandu bas rentung, enam terselamat
Nahas dengan sebuah treler itu berlaku di Kilometer 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, Gurun, sekitar pukul 3.55 pagi tadi.
Kaki gajah cedera dilanggar kereta Porsche Cayenne di Setiu
Kereta Porsche Cayenne dipandu mangsa rosak dengan cermin retak, bampar dan lampu pecah selain kemek pada bonet dan 'fender.'
Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak semalam.