awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: 13 pelajar dikenal pasti peminjam PTPTN - Zambry

Bernama
Bernama
11/06/2025
11:30 MYT
Kemalangan bas UPSI: 13 pelajar dikenal pasti peminjam PTPTN - Zambry
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyantuni keluarga mangsa ketika hadir ke Unit Forensik Hospital Gerik bagi menziarahi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 15 pelajar UPSI. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sebanyak 13 daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak dikenal pasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau dalam hantaran Facebook hari ini memaklumkan kesemua 13 pelajar itu mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN.
"Selain itu, kesemua 13 waris mereka juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 bagi setiap pelajar," katanya.
Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#peminjam ptptn
#pelajar
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan