MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Bantuan sebaik mungkin akan disalur kepada mangsa - Naib Canselor
Seluruh warga UPSI turut berduka cita atas tragedi yang menimpa 44 penumpang termasuk pemandu dan kelindan di dalam bas berkenaan. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas yang terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.
Naib Canselor UPSI, Professor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata seluruh warga UPSI turut berduka cita atas tragedi yang menimpa 44 penumpang termasuk pemandu dan kelindan di dalam bas berkenaan.
BACA: TERKINI: 15 pelajar UPSI maut, puluhan cedera nahas bas dan MPV dekat Tasik Banding
"Ucapan takziah salam kepada seluruh keluarga UPSI, kami berduka cita dengan kemalangan yang berlaku awal pagi tadi. Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut tentang statistik sebenar, berapa ramai yang terlibat dan sebagainya.
"Kita akan hulurkan bantuan yang terbaik dan pagi tadi saya juga dapat panggilan daripada yang berhormat Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang begitu prihatin terhadap nasib para pelajar ini dan pastinya kita akan beri bantuan sehabis baik untuk memastikan kebajikan mereka terjaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, UPSI dalam satu kenyataan memaklumkan menerima laporan awal mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar UPSI dalam sebuah bas persiaranyang dilaporkan berlaku di kawasan Gerik, Perak.
"Pihak universiti kini sedang mengambil tindakan susulan berkaitan perkara tersebut dan universiti memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum untuk bersama-sama mendoakan agar urusan ini dipermudahkan," katanya.
Sementara itu, UPSI telah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi ditalian05-450 7148 (Pejabat) atau 019-571 9977 (Hotline).
Dalam pada itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan susulan tragedi kemalangan bas yang setakat ini mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Zambry berkata maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan kemalangan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Lebuh raya Timur Barat, Gerik.
Kemalangan dilaporkan berlaku selepas kawasan rehat dan rawat (RNR) Banjaran Titiwangsa, Lebuh raya Timur Barat dan jentera bomba tiba di lokasi pada jam 2.05 pagi tadi.
Sejumlah 45 mangsa terbabit termasuk 43 pelajar UPSI Tanjung Malim, masing-masing seorang pemandu dan seorang pembantu selain empat lagi mangsa menaiki kenderaan Perodua Alza.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dan Jeli dikerahkan ke lokasi kemalangan, diketuai Komander Operasi, Kamarul Ariffin Bin Abd Ghani dan Komander Operasi Kanan, Azizan Aziz.