MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Bau hangit sebelum bas terhuyung hayang - Mangsa
Nur Irdina Yamin Huri, penuntut Tahun Dua jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI berkata, ketika kejadian, dia masih terjaga. - Foto Astro AWANI
GERIK: Seorang mangsa kemalangan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menceritakan dia terhidu bau hangit dan bas terhuyung hayang sebelum terbalik.
Ringkasan AI
Nur Irdina Yamin Huri, 22, penuntut Tahun Dua jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI berkata, ketika kejadian, dia masih terjaga.
Menurutnya, ketika awal kejadian dia tidak berasa sebarang kesakitan.
“Lepas tu cari barang apa-apa yang kita orang, apa tu yang saya punya, tak jumpa.
“Lepas tu keluar ikut lubang yang ada dekat divider tu, ada lubang kecil.
“Kita orang keluar ikut situ yang mana boleh, yang mana boleh merangkak keluar lagi.
“Ada yang minta tolong pun kita orang tak boleh tolong sebab tak tau, tak nampak, gelap,” katanya.
Ketika ditemui di pekarangan Hospital Gerik pada Isnin, Nur Irdina yang berasal dari Jertih, Terengganu berkata, dia hanya terseliuh di kaki serta pinggang dan dibenarkan pulang hari ini.
Dalam kejadian awal pagi tadi itu, sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Ringkasan AI
- Saksi kemalangan: Nur Irdina Yamin Huri, salah seorang mangsa kemalangan bas UPSI, menceritakan detik cemas sebelum bas terbalik, termasuk bau hangit dan usaha mencari barang sebelum keluar melalui lubang kecil.
- Keadaan mangsa selepas kejadian: Walaupun tidak berasa kesakitan pada awalnya, Nur Irdina mengalami kecederaan ringan di kaki dan pinggang serta telah dibenarkan pulang dari Hospital Gerik.
- Kemalangan tragis di Gerik: Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut dalam perlanggaran antara bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding.