MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Dr Wan Azizah lawat penuntut di Hospital Taiping
Dr Wan Azizah meluangkan masa menziarahi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, di Hospital Taiping. - Foto Bernama
TAIPING: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa melawat penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Isnin lepas.
Ringkasan AI
Beliau yang tiba kira-kira 10.25 pagi disambut isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin serta Pengarah Hospital Taiping Dr Khuzaini Abd Karim.
Dr Wan Azizah dibawa ke wad untuk melawat empat mangsa terdiri daripada tiga penuntut wanita dan seorang lelaki yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Beliau meluangkan masa kira-kira sejam bertanyakan keadaan mangsa selain turut memberi sokongan kepada ahli keluarga yang berada di wad tersebut.
Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada keempat-empat mangsa.
Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa kemalangan bas UPSI di Hospital Taiping, bertanya keadaan mereka dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa.
- Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri kepada empat penuntut yang masih menerima rawatan selepas tragedi yang meragut 15 nyawa.
- Kemalangan melibatkan bas sewa khas UPSI dan sebuah Perodua Alza, menyebabkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan.