MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Fahmi minta pengguna media sosial hati-hati, jaga adab

Fahmi berkata insiden terbabit dijangka menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat jemaah menteri esok. - Gambar fail/Bernama
SINTOK: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta pencipta kandungan dan pengguna media sosial agar berhati-hati dan menjaga adab dalam berkongsi atau menghasilkan kandungan berkaitan kemalangan tragik yang mengorbankan nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, awal pagi semalam.
Ringkasan AI
- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menggesa pencipta kandungan dan pengguna media sosial agar berhati-hati dalam berkongsi maklumat berkaitan nahas bas UPSI, bagi menghormati privasi keluarga mangsa dan memastikan kandungan yang dihasilkan tidak menjejaskan siasatan pihak berkuasa.
- Insiden tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan pihak berwajib akan mengemukakan laporan bagi menentukan tindakan lanjut termasuk dari aspek penguatkuasaan.
- Kemalangan tragis itu mengorbankan 15 penuntut UPSI, selepas bas yang disewa khas terbabas dan melanggar sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
"Walaupun mesejnya adalah mesej takziah, tapi bagi saya itu satu kawasan kemalangan yang dalam siasatan pihak berkuasa, maka berpada-padalah dalam menghasilkan kandungan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Forum Suara, Siber dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital di Universiti Utara Malaysia, di sini.
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Ini apa yang kita tahu setakat ini
Fahmi berkata insiden terbabit dijangka menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat jemaah menteri esok.
Fahmi berkata insiden terbabit dijangka menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat jemaah menteri esok.
"Dalam mesyuarat jemaah menteri, perkara-perkara atau insiden seperti ini akan dibincangkan, tapi sudah pasti kita akan nantikan laporan daripada pihak berwajib, dan berdasarkan laporan itu kita boleh tahu apakah tindakan lanjut sama ada dari segi penguatkuasaan yang perlu diambil.
"Apa pun kita nantikan mesyuarat untuk maklumat terkini, jadi Insya-Allah selepas mesyuarat jemaah menteri akan ada sidang media yang akan saya uruskan," katanya.
Dalam kejadian tersebut, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus mereka di Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami