MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Jenazah 15 penuntut dijangka disolatkan di Masjid Hadhari
Dua pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan tragis membabitkan bas sewa khas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi, selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Gerik petang ini. - Bernama
BESUT: Jenazah 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas jalan raya pagi tadi dijangka disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih, Besut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata dua jenazah dari Hospital Gerik telah bergerak menuju ke Besut sekitar jam 6.30 petang tadi.
Sementara itu katanya, 13 van jenazah yang membawa 13 lagi penuntut akan bergerak pulang serentak secara konvoi diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
"Kita menjangkakan dua jenazah akan tiba di Masjid Hadari untuk disembahyangkan sekitar jam 10.30 malam nanti sebelum dibawa ke kampung masing-masing.
"Sejurus bedah siasat di Hospital Ipoh selesai semua jenazah berkenaan juga akan dibawa ke Masjid yang sama terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, sebuah bas persiaran membawa pelajar UPSI terbabit kemalangan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan termasuk tujuh parah dan dirawat di Hospital Gerik serta HRPB.
Sebanyak 19 van jenazah bergerak ke Perak untuk membantu menguruskan jenazah pelajar yang terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi.