MALAYSIA

Kemalangan bas UPSI: Jenazah Wan Nur Suhaila selamat dikebumi

Nur Fazlizai Ali 09/06/2025 | 16:19 MYT
Jenazah penuntut yang berusia 22 tahun itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir, Besut kira-kira jam 12 tengah malam. - Astro AWANI
BESUT: Jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, yang terlibat dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) pada awal pagi Isnin, selamat dikebumikan di kampung halamannya.

Jenazah penuntut yang berusia 22 tahun itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir, Besut kira-kira jam 12 tengah malam.

Wan Nur Suhaila, yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik itu, dibawa pulang ke kediaman keluarganya selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Gerik.

Sejurus selepas itu, jenazahnya terus di bawa ke Masjid Al-Mukhlisin untuk disembahyangkan dan dikebumikan

Lebih 500 ahli keluarga, rakan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Pada Isnin, sebuah bas persiaran membawa pelajar UPSI terbabit kemalangan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Dalam kejadian itu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan termasuk tujuh parah dan dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).



#kemalangan bas #pelajar UPSI #jenazah dikebumi #wan nur suhaila wan muhammad