MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: JKR diarah beri bantuan teknikal - Nanta

Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan maut melibatkan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak konsesi penyelenggaraan jalan bagi memberi bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal, susulan kemalangan membabitkan bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi ini.
Ringkasan AI
- JKR bekerjasama dalam siasatan: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk memberi bantuan teknikal kepada pihak konsesi susulan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI.
- Menteri Kerja Raya memberi jaminan: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menekankan komitmen kementerian dalam memantau siasatan serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjamin keadilan dan keselamatan awam.
- Ucapan takziah dan penghargaan: Menteri menzahirkan kesedihan atas insiden tersebut, memberi penghormatan kepada mangsa serta keluarga mereka, dan berterima kasih kepada petugas barisan hadapan atas tindakan pantas dalam operasi menyelamat.
Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain awal pagi tadi.
Nanta turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas insiden yang menimpa pelajar UPSI itu, yang disifatkannya sebagai satu tragedi besar kepada negara.
Beliau yang melihat insiden ini sebagai tragedi besar kepada negara, turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, di samping mendoakan semoga mangsa yang tercedera dalam kejadian itu diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan urusan rawatan.
Beliau berkata pihaknya turut mengikuti rapat perkembangan operasi menyelamat yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, polis serta Kementerian Kesihatan.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bertindak pantas dan penuh dedikasi sejak awal pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami