MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: JPN Kedah diarah pantau keadaan, kebajikan pasangan guru - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memantau keadaan dan kebajikan pasangan guru yang terlibat kemalangan melibatkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, semalam.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan mengarahkan JPN Kedah memantau kebajikan pasangan guru yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak, dan akan memberikan bantuan segera kepada mereka.
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, menyifatkan tragedi itu sebagai kehilangan besar bagi bakal pendidik, dan menegaskan SOP ketat bagi penggunaan bas oleh rombongan pelajar.
- Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam dilancarkan secara rintis dengan kerjasama KPM dan KPT, melibatkan UKM dan USM, dengan tempoh pengajian selama 18 bulan.
"Kebajikan mereka berada di bawah pemantauan KPM dan bantuan segera akan dihulurkan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini.
Bas membawa penuntut UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak, terbabas sebelum melanggar kereta dinaiki Mohd Lutfi Radzi, 37, sekeluarga, dalam kejadian di Gerik, Perak awal pagi semalam.
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Ini apa yang kita tahu setakat ini
Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan, khususnya para pelajar UPSI dan menyifatkan korban nyawa dalam tragedi itu sebagai kehilangan besar potensi bakal pendidik.
Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan, khususnya para pelajar UPSI dan menyifatkan korban nyawa dalam tragedi itu sebagai kehilangan besar potensi bakal pendidik.
Sementara itu, Fadhlina berkata beliau difahamkan bahawa bas berkenaan disewa atas inisiatif pelajar, namun menegaskan di peringkat KPM, pihak kementerian menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat berkaitan penggunaan bas oleh rombongan pelajar, termasuk pemeriksaan keselamatan.
Mengulas mengenai program hari ini, Fadhlina berkata Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam itu ialah kerjasama antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan secara rintis melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan USM.
Beliau memaklumkan tempoh pengajian bagi program berkenaan adalah selama 18 bulan dengan pengambilan pertama bermula hari ini.
"Sebanyak 100 tempat disediakan bagi Program Tingkatan Enam Kampus UKM, manakala sebanyak 60 tempat disediakan untuk Program Tingkatan Enam Kampus USM.
"Seramai lebih 30 pelajar mendaftar hari ini dan kita masih menunggu yang lain untuk tampil memenuhi kuota," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami