MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Keluarga Nor Ayuni maafkan pemandu bas
Maslan (kiri) melihat gambar-gambar milik anaknya di rumahnya di Felda Tenang, Hulu Besut hari ini. -Foto Bernama
JERTIH: Keluarga seorang daripada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding di Gerik, Perak pada Isnin lepas, Nor Ayuni Maslan bersedia memaafkan pemandu bas yang terbabit.
Ringkasan AI
Abang mangsa Ahmad Azizul Maslan, 26, berkata walaupun kejadian yang menimpa adik bongsunya yang berusia 21 tahun itu meninggalkan kesan mendalam, mereka sekeluarga tidak menyimpan dendam terhadap lelaki berkenaan.
"Kemaafan yang diberikan ini adalah demi ketenangan adik bongsu (daripada lapan beradik) saya yang sudah berada di alam barzakh.
"Kami sekeluarga memilih untuk tidak memanjangkan lagi perkara ini dan bersedia menerima permohonan maaf pemandu bas itu.
"Cuma kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan terserah kepada keputusan undang-undang nanti.
"Antara dia dengan keluarga kami dah selesai," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di rumahnya di Felda Tenang di sini hari ini.
Kunjungan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Prof Madya Datuk Dr Ahmad Azrin Adnan yang turut menyampaikan bantuan RM1,500 kepada setiap waris mangsa terkorban di kediaman masing-masing.
Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 penuntut UPSI itu memohon maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan mendakwa kejadian berkenaan disebabkan brek bas yang tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bagaimanapun hari ini menasihatkan lelaki berusia 39 tahun itu supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.
Pada awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keluarga Nor Ayuni Maslan, salah seorang mangsa nahas bas UPSI, memaafkan pemandu bas yang terlibat demi ketenangan arwah dan memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
- Pemandu bas memohon maaf dan mendakwa kemalangan berlaku akibat kegagalan brek, namun polis menasihatkan agar dia tidak membuat kenyataan terbuka kerana siasatan masih dijalankan.
- Nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, mengorbankan 15 penuntut UPSI dan mencederakan 33 yang lain; MAIDAM turut menyampaikan bantuan kepada waris mangsa.