MALAYSIA

Kemalangan bas UPSI: KPT akan salur segala bantuan diperlukan

Astro Awani 09/06/2025 | 00:10 MYT
Zambry pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan susulan nahas melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri KPT, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di akaun media sosial miliknya.



Beliau pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Katanya, sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.








#kemalangan bas UPSI #nahas bas #UPSI #KPT #Zamry Abd Kadir