MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: KPWKM salur bantuan segera kepada 10 pelajar di ICU - Nancy Shukri
KPWKM akan menyalurkan bantuan segera RM1,000 setiap seorang kepada 10 pelajar UPSI yang dirawat di ICU susulan kemalangan bas di Gerik, melalui Skim PEKA YKN. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyampaikan bantuan segera RM1,000 tiap seorang kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Perak, susulan kemalangan ngeri di Gerik semalam.
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah "Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa" (PEKA YKN).
"Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping, dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya kepada media ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 "EmpowerHER: Engage Energise Elevate", here today.
Selain itu beliau berkata pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam pelbagai aspek, termasuk menyediakan kaunselor bertauliah bagi membantu mereka dari segi psikologi.
Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut dan 33 orang tercedera apabila sebuah terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPWKM akan menyalurkan bantuan segera RM1,000 setiap seorang kepada 10 pelajar UPSI yang dirawat di ICU susulan kemalangan bas di Gerik, melalui Skim PEKA YKN.
- Selain bantuan kewangan, kementerian juga akan menyediakan sokongan psikologi dan menilai bentuk bantuan lain kepada keluarga mangsa.
- Kemalangan tragis itu mengorbankan 15 pelajar dan mencederakan 33 yang lain ketika bas dalam perjalanan dari Jertih ke kampus UPSI di Tanjung Malim.