MALAYSIA

Kemalangan bas UPSI: Pemilik bas dipanggil beri keterangan

Sinar Harian 11/06/2025 | 09:40 MYT
Noor Hisam berkata, individu tersebut akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada Khamis bagi memberikan keterangan.
IPOH: Pemilik bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas tragik yang meragut 15 nyawa di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli dekat Gerik, Isnin lalu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.


Ringkasan AI
  • Pemilik bas yang terlibat dalam nahas di Gerik yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah dipanggil untuk membantu siasatan dan dijadualkan hadir ke IPD Gerik pada Khamis.
  • Polis telah merakam keterangan daripada 18 individu termasuk pelajar, pemandu MPV, pemilik rakaman dashcam, dan doktor forensik dari Hospital Gerik.
  • Bas yang terlibat didaftarkan sebagai bas pelancongan dan sedang disahkan oleh MOTAC, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung punca kemalangan yang berlaku sekitar jam 1 pagi.


Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, individu tersebut akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada Khamis bagi memberikan keterangan.

“Pasukan kami telah pergi ke syarikat berkenaan di Kedah untuk tujuan pengesahan.

“Pemilik bas itu masih perlu menyelesaikan beberapa urusan dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) kerana bas tersebut didaftarkan sebagai bas pelancongan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.

Menurut Noor Hisam, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan 18 individu termasuk pelajar UPSI dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang terlibat dalam pelanggaran itu.

[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Ini apa yang kita tahu setakat ini

Katanya, saksi lain termasuk pemilik kamera papan pemuka (dashcam) berikutan rakamannya tular di media sosial serta doktor forensik dari Hospital Gerik.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, sebuah bas persiaran membawa 42 pelajar UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah MPV yang dinaiki empat sekeluarga.

Kemalangan itu menyebabkan 15 pelajar UPSI terdiri daripada lima lelaki dan 10 wanita maut, manakala pemandu serta penumpang MPV cedera. - Sinar Harian





#kemalangan bas UPSI #pemandu bas #pemilik bas #PDRM