MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Polis nasihat pemandu bas tidak keluar kenyataan, elak ganggu siasatan
Noor Hisam ketika melawat kawasan kejadian kemalangan yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 Jalan Raya Timur-Barat dekat Gerik, 9 Jun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis menasihatkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lepas supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.
Ringkasan AI
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata tindakan pemandu berusia 39 tahun yang kini sedang dirawat di Hospital Taiping itu boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.
"Tindakan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan boleh menimbulkan pelbagai spekulasi lain kepada masyarakat dan siasatan yang dijalankan ini juga mengambil kira pelbagai aspek.
"Walaupun negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun saya minta dia bersabar sehingga tiba gilirannya untuk memberikan keterangan," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Pada Isnin lepas, 15 penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
Noor Hisam berkata pihak polis buat masa ini akan mengambil keterangan daripada pemandu berkenaan selepas lelaki itu selesai menjalani rawatan di hospital.
"Perkara (rawatan) ini kita serahkan kepada pihak hospital, pegawai kita juga sentiasa memantau perkembangan pemandu berkenaan dari semasa ke semasa sebelum sebarang tindakan susulan diambil," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu.
"Kita juga menjalankan siasatan terperinci melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Kimia Malaysia Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan sebagainya untuk memastikan punca sebenar kemalangan berlaku," katanya.
Menyentuh mengenai video daripada kamera papan pemuka yang merakam kejadian itu, beliau berkata bukti berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis.
--- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Nasihat Pemandu Diam Sementara: Pemandu bas nahas yang meragut 15 nyawa dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan awam kerana boleh ganggu siasatan polis.
- Siasatan Masih Berjalan: Polis akan ambil keterangan pemandu selepas rawatan hospital selesai, dan setakat ini 18 saksi telah dirakam keterangan termasuk pelajar UPSI.
- Siasatan Menyeluruh Dilakukan: Polis bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kimia dan JPJ, serta menganalisis rakaman video dashcam bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.