MALAYSIA

Kemalangan bas UPSI: Polis rakam keterangan guru didakwa hina mangsa Isnin ini

Bernama 13/06/2025 | 10:31 MYT
Seramai 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam kemalangan bas di Gerik, 9 Jun lepas. - Gambar fail
IPOH: Polis akan merakam keterangan seorang guru pada Isnin ini susulan dakwaan hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, 9 Jun lepas.


Ringkasan AI
  • Polis akan merakam keterangan seorang guru lelaki pada 16 Jun ini di IPD Manjung berhubung dakwaan hantaran jelik di media sosial berkaitan kemalangan maut melibatkan 15 pelajar UPSI di Gerik.
  • Guru tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas laporan polis dibuat pada 11 Jun.
  • Siasatan dijalankan susulan hantaran daripada akaun Facebook bernama 'Khalid Yunus' yang didakwa mengandungi kenyataan tidak sensitif terhadap insiden tersebut.


Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata proses merakam percakapan guru lelaki yang bertugas di sebuah sekolah di negeri ini akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

"Kita akan rekod keterangan pada 16 Jun ini apabila janji temu dibuat bersama guru berkenaan pada tarikh itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Hasbullah dalam kenyataan memaklumkan polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung tindakan guru berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan dibuat berdasarkan satu laporan yang diterima pihak polis kira-kira 4.40 petang pada 11 Jun mengenai hantaran daripada akaun Facebook pengguna yang menggunakan nama 'Khalid Yunus'.

-- BERNAMA



#kemalangan bas UPSI #PDRM #guru hina mangsa #Khalid Yunus