[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Kemalangan bas: UPSI sedia satu staf, satu keluarga bantu pelajar terlibat - Naib Canselor

Bernama 09/06/2025 | 06:15 MYT
Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan maut melibatkan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi. - Foto Bernama
IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan bantuan seorang kakitangan bagi setiap keluarga pelajar yang terlibat dalam kemalangan meragut 15 nyawa di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Bantuan kepada keluarga mangsa: UPSI menyediakan seorang kakitangan bagi setiap keluarga mangsa kemalangan bagi memastikan mereka menerima bantuan sewajarnya, termasuk penginapan dan sokongan lain.
  • Bedah siasat mangsa kemalangan: 13 jenazah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, sementara dua lagi ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.
  • Bas disewa khas oleh pelajar: Bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut disewa khas oleh pelajar sebagai inisiatif untuk pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas bercuti.


Naib Canselor UPSI Prof Datuk Md Amin Md Taff berkata penyediaan seorang staf satu keluarga itu bagi memastikan waris serta mangsa mendapat bantuan sewajarnya, sehingga semua urusan selesai.

"Kita sediakan pelbagai bantuan termasuk penginapan kepada keluarga mangsa. Kita juga akan bantu dari segi lain-lain yang kita mampu," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata 13 mangsa yang maut dihantar ke HRPB dan dua lagi ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Md Amin berkata sudah menjadi kebiasaan, pelajar akan menyewa khas bas untuk pulang ke kampus selepas bercuti.

"Ia amalan biasa, terutama pelajar yang jaraknya jauh, mereka berkumpul di satu tempat dan menyewa sebuah bas untuk pulang ke kampus selepas bercuti," katanya.

Noor Hisam pada sidang media memaklumkan bas terbabit yang membawa 42 pelajar UPSI itu disewa khas oleh pelajar tersebut, sebagai inisiatif untuk pulang ke kampus dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama UPSI di Tanjung Malim, Perak.

-- BERNAMA




#kemalangan bas UPSI #satu staf satu keluarga #bantu pelajar #Naib Canselor UPSI #terkini