MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah
Baginda berdua amat berdukacita atas pemergian kesemua mangsa dalam kemalangan berkenaan dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat. - Foto FB Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas jalan raya membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.
Ringkasan AI
Baginda berdua amat berdukacita atas pemergian kesemua mangsa dalam kemalangan tragis berkenaan dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
"Semoga waris serta ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang cedera dan masih dirawat dikurniakan kesembuhan serta kembali kuat meneruskan kehidupan mendatang.
Terdahulu, dilaporkan 15 individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ucapan takziah daripada Sultan Pahang: Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan kesedihan atas tragedi kemalangan yang menimpa pelajar UPSI di Gerik, serta mendoakan roh mangsa dicucuri rahmat.
- Harapan untuk keluarga mangsa: Baginda berdua berharap agar waris dan keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta mendoakan kesembuhan bagi mereka yang cedera.
- Tragedi yang mengorbankan 15 nyawa: Kemalangan melibatkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, mengakibatkan 15 korban.