MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Tujuh mangsa masih dirawat di hospital - Polis

Keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik. - Foto Bernama
IPOH: Hanya tujuh mangsa yang cedera dalam nahas bas meragut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, masih dirawat di tiga hospital kerajaan setakat hari ini.
Ringkasan AI
- Tujuh mangsa masih dirawat: Hanya tujuh individu yang cedera dalam nahas bas UPSI masih menerima rawatan di tiga hospital kerajaan, termasuk empat pelajar dan tiga penumpang Perodua Alza.
- Kemalangan tragis: Bas yang membawa 42 pelajar UPSI hilang kawalan dan melanggar Perodua Alza sebelum terbalik di Kilometer 53 JRTB, Gerik-Jeli, mengakibatkan 15 kematian.
- Sebahagian mangsa telah dibenarkan pulang: Mangsa lain yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan.
"Setakat ini, mangsa lain yang dirawat telah dibenarkan pulang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada Isnin lepas, bas membawa 42 pelajar UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Alza dan terbalik di KM53 JRTB, Gerik-Jeli, sehingga meragut 15 nyawa penuntut UPSI.
Kemalangan itu juga menyebabkan 33 lagi cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Perak dan Kedah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami