Kemalangan LRT laluan Kelana Jaya berhampiran stesen KLCC

Fareez Azman, Faris Danial Razi
Mei 24, 2021 14:42 MYT
Penumpang perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang dilaporkan cedera akibat kejadian kemalangan telah diselamatkan. - Gambar/ Twitter@fnhjh__
KUALA LUMPUR: Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini.
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden kira-kira jam 9 malam.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Penumpang cedera, LRT Kelana Jaya terbabit dalam kemalangan

Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81. Our team is mobilising help and rescue assistance right now. Please stay calm and follow instructions.

— AskRapidKL (@AskRapidKL) May 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81. All injured passengers have been evacuated to platform. Emergency aid and rescue is ongoing.

— AskRapidKL (@AskRapidKL) May 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ciapan di Twitter AskRapidKL, dimaklumkan semua penumpang yang cedera sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.
Ciapan itu juga menyebut, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.
#LRT #kemalangan #laluan Kelana Jaya #Kampung Baru