SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan yang juga pemandu treler ditahan polis susulan kemalangan melibatkan tiga kenderaan menyebabkan dua pelancong asing maut serta lima lagi parah, dalam kejadian di KM21 Jalan Semporna-Tawau dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pemandu treler berusia 29 tahun itu, ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kemalangan antara treler dipandunya, van pelancongan serta sebuah lori lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh minima lima tahun dan maksima 10 tahun, serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika sabit kesalahan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farhan berkata kemalangan pada 3.30 petang itu dipercayai berlaku, selepas treler tersebut hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, melanggar van yang membawa enam pelancong Singapura serta Vietnam.
"Akibat pelanggaran dua kenderaan ini, serpihan kemalangan terbang ke cermin lori yang berada di belakang treler, dan kemalangan ini mengakibatkan seorang lelaki Singapura serta seorang wanita Vietnam yang menaiki van pelancongan itu, meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Farhan berkata pemandu van iaitu lelaki tempatan serta empat penumpang van warga Singapura cedera parah dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata individu yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Insp Hemkkumar Ayathuray di talian 012-3650021 atau talian balai polis 089-782020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Seorang lelaki tempatan ditahan polis susulan kemalangan maut melibatkan pelancong asing di KM21 Jalan Semporna-Tawau dekat Semporna, semalam. - Gambar hiasan
Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.
China bersiap sedia untuk lonjakan perjalanan Festival Musim Bunga
Tempoh perjalanan selama 40 hari bermula 14 Januari dijangka mencatatkan rekod sembilan bilion perjalanan penumpang di seluruh negara.
Tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan semakin meningkat - KPDN
KPDN Pulau Pinang menerima 183 aduan dalam tempoh kurang sebulan, membuktikan tahap kesedaran mengenai hak kepenggunaan dalam kalangan masyarakat hari ini semakin meningkat.
AWANI 7:45 [25/1/2025] - Buru saki baki penyerang | Tiga tuntutan kepada Putrajaya | Prospek pertumbuhan memberangsangkan | Empat pemain warisan menanti kelulusan
- Polis buru saki baki kumpulan warga asing serang anggota maritim Malaysia
- Himpunan rakyat benci rasuah kemuka tiga tuntutan kepada Putrajaya
- Moody's kekal penarafan A3 Malaysia, ekonomi paling pesat berkembang
- Era baharu Harimau Malaya, lebih banyak pemain warisan sertai skuad
- Himpunan rakyat benci rasuah kemuka tiga tuntutan kepada Putrajaya
- Moody's kekal penarafan A3 Malaysia, ekonomi paling pesat berkembang
- Era baharu Harimau Malaya, lebih banyak pemain warisan sertai skuad
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
Agenda AWANI Asia: Pentadbiran Baharu Amerika
Sejauh mana globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas perlu dipelihara dan terus dimajukan demi memacu pembangunan global dalam pentabiran Trump 2.0 kali ini? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9.00 malam ini.
Hamas serah empat tentera wanita Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
Tentera Israel mengesahkan keempat-empat tentera yang dibebaskan itu telah diserahkan kepada pasukannya di Gaza sebelum dipindahkan ke Israel.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.
Kemalangan maut di Semporna: Pemandu treler ditahan
Pemandu berusia 29 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kemalangan antara treler dipandunya, van pelancongan dan lori lain.
Pemandu buat pusingan U sebabkan nahas dua remaja maut ditahan, treler dirampas
Polis berjaya menahan pemandu treler yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas, di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.