awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut tiga beranak: Pemandu pacuan empat roda ada 27 saman trafik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/06/2020
08:31 MYT
Kemalangan maut tiga beranak: Pemandu pacuan empat roda ada 27 saman trafik
Tiga beranak terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala dan beberapa bahagian badan. Gambar JBPM
Pemandu pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 74 Jalan Ipoh-Gerik malam tadi, mempunyai 27 saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ismail, berkata semakan rekod mendapati lelaki berusia 33 tahun itu turut mempunyai saman kesalahan memandu laju.
Beliau berkata, lelaki itu sudah ditahan dan direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan polis berhubung kemalangan berkenaan.
"Semakan mendapati, empat daripada keseluruhan 27 saman itu belum dijelaskan.
"Pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia tiada tiada rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: Tiga beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Gerik
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Jumaat, jurutera Majlis Perbandaran Manjung, Abdul Hakim Hashim, 32; isterinya Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka, Adib Aidan Abdul Hakim, 2, maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran Kampung Kuak, Sauk.
Seorang lagi anak mereka berusia empat tahun serta pemandu pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Topic Berkaitan
#Jalan Ipoh-Gerik
#kemalangan
#kesalahan lampau
#maut
#pacuan empat roda
#pemandu
#Sauk
#tiga beranak
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan