awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan menurun sepanjang Ops Selamat II

Bernama
Bernama
12/02/2013
10:51 MYT
Kemalangan menurun sepanjang Ops Selamat II
Polis berpuas hati dengan statistik kemalangan yang menurun sepanjang kempen Ops Selamat II sempena Tahun Baru Cina sejak ia dilaksanakan 3 Februari lepas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata kempen turut menunjukkan keberkesanannya apabila kes pecah rumah semakin berkurangan.
Katanya jika dibandingkan dengan Ops Sikap 25 pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kadar kemalangan dan kes pecah rumah dalam Ops Selamat II merekodkan perkembangan positif iaitu penurunan ke tahap yang lebih baik.
"Keseluruhan pelaksanaan Ops Selamat II adalah baik dan saya akan umumkan statistik penuh kemalangan dan kes pecah rumah sebaik sahaja kempen ini berakhir pada 17 Februari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penduduk di Kampung Sungai Ular di sini, hari ini.
Terdahulu, Salleh diiringi Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof dan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya di Kilometer 30 Jalan Kuantan - Kemaman sempena Lawatan Pemantauan Ops Selamat II di negeri ini.
Salleh turut meminta pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan terutamanya pada musim perayaan.
Beliau juga meminta semua pemandu supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan balai polis berhampiran bagi melicinkan perjalanan mereka.
Topic Berkaitan
#Datuk Salleh Mat Rasid
#Ops Selamat II
#statistik kemalangan
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan