awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan ngeri di Subang tiada kaitan dengan kami -MRT Corp

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
30/05/2013
01:33 MYT
Kemalangan ngeri di Subang tiada kaitan dengan kami -MRT Corp
Projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) tiada kaitan dengan kemalangan ngeri yang mengorbankan seorang pekerja restoran dan mencederakan majikannya di Jalan Lapangan Terbang Subang, semalam.
MRT Corporation menjelaskan perkara itu selepas satu laporan Bernama mengatakan bahawa struktur keluli yang jatuh dari sebuah treler dan menghempap kereta yang dipandu majikan wanita itu, sedang dibawa untuk digunakan dalam projek pembinaan MRT.
Laporan itu memetik kata-kata Ketua Trafik Petaling Jaya DSP Wong Siw Choon.
"MRT Corporation ingin menjelaskan bahawa kejadian itu adalah sama sekali tidak berkaitan dengan projek MRT.
"Kami telah bertanya dengan kontraktor kami dan mereka telah mengesahkan bahawa tidak ada pergerakan struktur seperti itu yang telah dirancang di kawasan pembinaan projek semalam," kata MRT Corporation dalam satu kenyataan.
Kemalangan itu telah membunuh Kelvin Kumar, 24, yang mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala, dan mencederakan Anisa Abdul Rahman, 43.
Wong telah berkata bahawa kenderaan itu dihempap ketika kenderaan tersebut berada di sebelah treler untuk menuju ke Lebuhraya Persekutuan.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat, manakala wanita terbabit dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Jalan Lapangan Terbang Subang
#MRT Corporation
#Wong Siw Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan