MALAYSIA
Kemalangan Tol Kajang: Miros siasat dakwaan brek lori gagal berfungsi
Pada Sabtu lepas, seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan di plaza tol itu melibatkan masing-masing sebuah lori dan kereta serta dua kenderaan utiliti sukan (SUV). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menjalankan siasatan ke atas lori didakwa punca kemalangan di Plaza Tol Kajang mengorbankan seorang bayi lelaki pada Sabtu lepas, yang turut melibatkan pemeriksaan sistem brek kenderaan itu.
Ringkasan AI
Miros dalam kenyataan hari ini, memaklumkan siasatan dilaksanakan Pasukan Siasatan Kemalangan bagi mengenal pasti jika terdapat bukti kegagalan fungsi sistem brek atau faktor lain sebagai punca utama kemalangan.
"Miros juga bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
"Penilaian ini penting bagi memastikan punca sebenar dapat dikenal pasti dan langkah pencegahan berkesan dapat disusun," menurut kenyataan itu.
Miros menekankan kepentingan penyelenggaraan kenderaan secara berkala untuk memastikan keselamatan pemanduan terutamanya kenderaan komersial yang sering beroperasi dan membawa muatan berat.
Pemandu serta pengusaha lori disarankan sentiasa memeriksa sistem brek, tayar dan komponen kritikal sebelum perjalanan, memastikan kenderaan dalam keadaan baik melalui penyelenggaraan mengikut jadual, patuh undang-undang jalan raya termasuk had laju, mendapatkan rehat secukupnya serta mengelakkan pemanduan berisiko.
Miros memaklumkan kajiannya pada 2022 mendapati hanya 31.9 peratus pengendali kenderaan awam dan perdagangan mematuhi Kod Amalan Industri untuk Keselamatan Pengangkutan (ICOP).
Tahap pematuhan lebih tinggi direkodkan syarikat pengendali besar iaitu 93.6 peratus berbanding syarikat kecil, dengan kategori bas ekspres dan bas persiaran menunjukkan prestasi pematuhan lebih baik iaitu pada kadar 78 dan 71 peratus, berbanding lori pada kadar empat peratus.
Selain itu, Miros memaklumkan kadar penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak masih rendah iaitu sekitar 30 peratus pada 2022 walaupun pemakaiannya penting untuk melindungi golongan tersebut dan diwajibkan sejak 1 Jan 2020.
Miros memaklumkan statistik PDRM dari 2014 hingga 2023 menunjukkan purata kanak-kanak maut akibat kemalangan jalan raya adalah 434 orang setahun atau bersamaan lapan kanak-kanak setiap minggu.
"Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang dengan betul serta sesuai ketinggian dan berat badan terbukti dapat mengurangkan risiko kematian penumpang kanak-kanak berumur sehingga empat tahun sebanyak 54 hingga 71 peratus," menurut kenyataan itu.
Miros juga menggesa semua pihak, termasuk pembuat dasar, penguat kuasa undang-undang serta pihak industri terus memperkukuh usaha advokasi, pendidikan, dan penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia.
Pada Sabtu lepas, seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan di plaza tol itu melibatkan masing-masing sebuah lori dan kereta serta dua kenderaan utiliti sukan (SUV), dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kenderaan berat tersebut diselenggara ialah pada April.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Miros menjalankan siasatan ke atas lori yang didakwa menjadi punca kemalangan maut melibatkan seorang bayi lelaki, termasuk pemeriksaan sistem brek bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.
- Kajian Miros mendapati tahap pematuhan Kod Amalan Industri untuk Keselamatan Pengangkutan (ICOP) dalam kalangan pengendali lori sangat rendah iaitu hanya empat peratus, berbanding bas ekspres dan bas persiaran yang mencatat pematuhan lebih tinggi.
- Miros turut menekankan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang masih rendah di Malaysia, dengan statistik menunjukkan purata 434 kanak-kanak maut setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.