MALAYSIA
Kemalangan Tol Kajang: Polis teliti tindakan ke atas majikan pemandu lori
Naazron berkata, polis sedang meneliti tindakan terhadap majikan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang SILK, Sabtu lalu. - Gambar JBPM Selangor
KAJANG: Polis sedang meneliti tindakan terhadap majikan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, penelitian itu dilakukan bersama-agensi berkaitan.
Menurutnya, kertas siasatan kes juga dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dibenarkan ikat jamin pada Rabu sehingga semua laporan dan analisis diterima.
"Sementara itu, pemeriksaan Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dijadualkan pada Khamis," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Naazron memberitahu, setakat ini, tujuh individu direkodkan keterangannya.
Ketika ditanya mengenai keadaan mangsa, beliau memberitahu, dua petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dipindahkan ke Hospital Putrajaya dan Hospital Kajang, manakala penumpang Proton X70 dibenarkan keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Siasatan awal mendapati lori terbabit kali terakhir diselenggara pada April, dan suspek memiliki dua rekod jenayah lampau, satu kesalahan dadah dan empat saman trafik.
Dalam kejadian itu, seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala tujuh individu lain cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah lori, kereta dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di Plaza Tol Bukit Kajang.
Sehubungan itu, polis menahan pemandu lori berusia 42 tahun.
Siasatan awal mendapati lori terbabit kali terakhir diselenggara pada April.
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, satu kesalahan dadah serta empat saman trafik.