awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemarau: Bomba guna dron pantau kebakaran hutan berskala besar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/03/2021
01:00 MYT
Kemarau: Bomba guna dron pantau kebakaran hutan berskala besar
NAZILI: Menggunakan teknologi dron, dengan adanya kamera infrared, kita boleh mengesan keamatan api di sesuatu kebakaran. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan lima buah dron bagi melakukan pemantauan kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut ketika musim kemarau.
Penggunaan dron berteknologi tinggi itu dilihat langkah lebih pantas untuk mengesan dan mengawal kebakaran berskala besar.
Pengarah Unit Udara JBPM, Nazili Mahmood berkata, lima buah dron digunakan secara aktif dalam pelbagai situasi kerana boleh menjimatkan masa dan kos proses sesuatu operasi.
Katanya, tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Johor dikesan kerap mengalami kebakaran hutan ketika musim kemarau.
"Apabila kita tahu tentang kedalaman ini, kita boleh tuju atau pilih kawasan-kawasan kemerebakan api itu (dari segi) dalam dan besarnya.
"Jadi, inilah kaedah bagaimana kita dapat memadam kebakaran dengan cepat. Sebelum ini, kita ambil purata sahaja, sebab itu ia mengambil masa agak lama.
"Tetapi kali ini kita menggunakan teknologi dron. Menggunakan kamera infrared ini, kita boleh mengesan keamatan api di sesuatu kebakaran, khususnya kebakaran api gambut," kata Nazili pada Rabu.
Baru-baru ini, unit tersebut membuat pemadaman kebakaran tanah gambut di kawasan Tanjung Sepat, Selangor seluas 61 hektar dan kebakaran hutan di Muadzam Shah, Rompin, Pahang seluas 121 hektar.
Katanya, operasi memadam kebakaran itu berjaya diselesaikan dalam masa lima hingga sembilan hari.
Topic Berkaitan
#dron
#kebakaran
#bomba
#hutan
#Gua Musang
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#operasi
#tanah gambut
#tanjung sepat
#Rompin
#Nazili Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan